Tuesday, February 1, 2011

JAWAPAN UNTUK PAS DAN PAKATAN RAKYAT YANG MASIH TAK RETI2

Saya ingin menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh saudara Islam kita dari PAS, saudara SUHAIZAN KAIAT(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) yang masih kurang arif tentang pentadbiran negara, tapi berhasrat nak memerintah negara bersama Kerajaan Campuran DAP dan PKR.

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
Ini akibat kecuaian En Azhar dan beliau telahpun dikenakan tindakan atas kesalahannya. Dah cukup la tu. Undang2 Malaysia dan mana2 undang2 di Dunia Sementara ini pun hanya membenarkan setiap kesalahan dikenakan satu hukuman atas setiap kesalahan. Manusia mana ada MAKSUM, hatta Tuan Guru pun manusia biasa yang bukan maksum, tapi pihak tuan melayan beliau seperti seorang Nabi, setiap tutur katanya semuanya betul (seperti hadis). Insaflah, Tok Guru Politik tak kan sama dengan Tok Guru Akhirat. Membela kroni(Anwar Ibrahim) yang bersalah merupakan sebahagian tugasnya.

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
Pernah menghadiri proses lelongan tak? Harga lelongan diputuskan pada harga tertinggi ketika itu. Kadang2 harga yang diputuskan boleh jadi di bawah harga pasaran, boleh jadi di atas harga pasaran. Itu pun tak boleh nak fikir ke?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
No komen kerana saya dan saudara Suhaizan pun tak ada ketika itu. En Suhaizan hanya membuat soalan yang tidak relevan.

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
Masa lelongan, boleh jadi seorang yang hadir, boleh jadi 1000 orang yang hadir. Bergantung kepada minat individu/pihak yang terlibat terhadap tanah itu. Nampaknya tanah tersebut kurang diminati, sebab itulah hanya ada seorang pembida dan harganya menjadi lebih rendah daripada harga pasaran.

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, setiap kesalahan perlu dikenakan tindakan yang sesuai. Janganlah kita cuba membela individu yang bersalah hanya kerana ia kroni kita(Anwar Ibrahim)

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
Bersangka buruk itu satu dosa di sisi ALLAH. Takutilah akan satu hari nanti yang tidak ada gunanya harta benda dan anak pinak, kecuali mereka yang mengadap ALLAH dengan membawa hati yang sejahtera.

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
Rujuk Pejabat Tanah

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?
Mengapa anda sanggup bersama dengan kroni(Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) anda yang telah terbukti bersalah di mahkamah?

Kenapa anda sanggup bersama2 pihak yang mencerca Najib, PM Malaysia ke-6 kononnya skandal bersama Atantuya(seorang perempuan yang halal dinikahi dan halal digauli jika mengikut lunas2 Islam) tetapi berdiam diri bila kroni anda(Anwar Ibrahim) yang meliwat dan diputuskan bersalah oleh mahkamah. Hoi, bini sendiri pun ALLAH SWT tak bagi kita mengauli ikut belakang?

Sunday, January 30, 2011

DUN TENANG - HENTIKAN SALAH ORANG LAIN.

Seperti selalu, bila pihak pembangkang tewas dalam pilihanraya, mereka akan menyalahkan pihak lain. Dalam satu analisis dan disiarkan dalam Harakahdaily(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30629:bantu-melayu-biarkan-cina-dan-india&catid=1:utama&Itemid=50), mereka mengatakan kononnya hanya orang Melayu sahaja dibantu, orang Cina dan India tidak dibantu.
Teman hanya ingin bertanya?
1) Dah orang PAS berharap sangat pada undi Orang Bukan Islam(OBI), apasal PAS tak pi bantu mereka? Tak kan pulak nak suruh orang BN pi angkut pengundi PAS. Orang sendiri pun tak terbantu, nak berangan perintah negara. YA ALLAH SWT, SELAMATKAN KAMI DARI KEZALIMAN HAMBAMU YANG TAMAK DAN CINTAKAN DUNIA.
2) Nampaknya PAS lebih suka bersalaman dan berkasih sayang dengan OBI berbanding berkasih sayang sesama Islam(Orang Islam dimaki dan dihina oleh orang PAS sendiri) - ALANGKAH JAUHNYA PENYIMPANGAN AGAMA ISLAM DARI RASULULLAH SAW DENGAN AGAMA POLITIK ISLAM CIPTAAN "RASUL-RASUL PAS".

Harap dapat jawapan daripada PAS......

APA DAH JADI?????

Dunia dah makin bercelaru. Padanlah kata ulama, di akhir zaman nanti ulama akan berpecah-belah dan orang yang betul-betul menjadi ulama akhirat hanya hujung jari sahaja, manakala yang lain menjadi ulama dunia yang tamak dan rakus serta kasihkan dunia, menyebabkan mereka juga terjebak dalam maksiat, sesat malah menysatkan orang lain.
Nik Aziz bawa 31 orang India bukan Islam naik/masuk ke dalam ruang sembahyang di Masjid Pulau Melaka.

Hamba ni bukanlah pandai sangat tentang agama Islam, tetapi tak lah bodoh sangat sampaikan membawa masuk orang bukan Islam ke ruang sembahyang, kerana orang Islam sekalipun dilarang masuk ke ruang sembahyang masjid jika kita berhadas besar. Orang kafir pulak, mana ada mandi hadas.

Perbezaan kian jelas - ulama politik dunia bertopengkan sifat warak dengan ulama akhirat yang dijanjikan syurga oleh ALLAH SWT. Sebab itulah ulama dunia lebih cintakan saudara Kapral Singh(penentang hukum Islam di Malaysia-OVER MY DEAD BODY/LANGKAH MAYAT SAYA DAHULU JIKA HENDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM/HUDUD) berbanding saudara seagama.

Thursday, January 20, 2011

KECEWALAH YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Kenyataan Penuh UMNO Selangor
AHLI-AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Selangor menjunjung perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pada 24 haribulan Januari 2011 nanti.
Sebagai hamba rakyat, ADUN Barisan Nasional akan hadir demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
Kami sependapat Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd. Khusrin Munawi ke tahap ini.
Kami khuatir bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga ego sorang Menteri Besar.
Kami merasakan tujuan beliau ialah hanya untuk memperkasakan (empower) beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan yang lain.
Dalam pada itu kami, selaras dengan Perintah Tetap 48, Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor menuntut Speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada kami kertas langkap deraf cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor bagi membolehkan kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Kami menganggap tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan kepada kami deraf cadangan ini pada hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu diadakan sebagai taktik ‘“’serang hendap’.
Kami berpendapat gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan, Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana suatu persidangan perlu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru apatah lagi ianya melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Selangor.
Malangnya hingga ke hari ini tidak seorangpun ADUN Barisan Nasional telah diberikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang telah dilaporkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada Artikel 52(1).
Kami merasakan cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 74 Jadual ke 9 senarai negeri.
DATUK SERI NOH OMAR
Timbalan Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Belalah rakyat yang menjadi keutamaan setiap YB. Berilah peluang. Adakalanya boleh jadi sesuatu yang tidak disukai oleh kita, boleh jadi amat disukai oleh ALLAH SWT. Sesuatu yang disukai, mungkin amat dibenci oleh ALLAH SWT. Rajin-rajinlah mengaji agama di surau/masjid wahai YB. Mulut anda juga akan disoal oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.

Pilihanraya Kecil lagiiiiii....... Kali ini DUN Merlimau, Melaka pula.

TPM ucap takziah kepada keluarga ADUN Merlimau

21/01/2011 12:09pm

KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau, Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, yang kembali ke rahmatullah malam semalam.
"Saya dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang bersikap rendah diri serta sentiasa bersedia menawarkan bantuan bukan sahaja kepada penduduk di sekitar kawasan Merlimau malah juga kepada rakyat Melaka,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bersesuaian dengan jawatan Allahyarham sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri.
Katanya, kehilangan Allahyarham bukan sahaja dialami oleh kaum keluarga beliau, malah turut dirasai oleh para penduduk Merlimau.
Dunia ini merupakan kehidupan yang sementara. Setinggi manapun pangkat/jawatan kita, akhirnya kepada ALLAH jualah kita kembali.

Tuesday, January 18, 2011

Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum seluruh umat manusia.


Bolg baru, blogger pun masih hijau muda. Sama-samalah kita saling tegur-menegur untuk mencari keredhaan Allah SWT semata-mata, dan bukannya mengharap pujian di dunia yang sementara ini. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah tempat yang akan kita tuju yang kekal abadi.