Tuesday, February 1, 2011

JAWAPAN UNTUK PAS DAN PAKATAN RAKYAT YANG MASIH TAK RETI2

Saya ingin menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh saudara Islam kita dari PAS, saudara SUHAIZAN KAIAT(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) yang masih kurang arif tentang pentadbiran negara, tapi berhasrat nak memerintah negara bersama Kerajaan Campuran DAP dan PKR.

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
Ini akibat kecuaian En Azhar dan beliau telahpun dikenakan tindakan atas kesalahannya. Dah cukup la tu. Undang2 Malaysia dan mana2 undang2 di Dunia Sementara ini pun hanya membenarkan setiap kesalahan dikenakan satu hukuman atas setiap kesalahan. Manusia mana ada MAKSUM, hatta Tuan Guru pun manusia biasa yang bukan maksum, tapi pihak tuan melayan beliau seperti seorang Nabi, setiap tutur katanya semuanya betul (seperti hadis). Insaflah, Tok Guru Politik tak kan sama dengan Tok Guru Akhirat. Membela kroni(Anwar Ibrahim) yang bersalah merupakan sebahagian tugasnya.

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
Pernah menghadiri proses lelongan tak? Harga lelongan diputuskan pada harga tertinggi ketika itu. Kadang2 harga yang diputuskan boleh jadi di bawah harga pasaran, boleh jadi di atas harga pasaran. Itu pun tak boleh nak fikir ke?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
No komen kerana saya dan saudara Suhaizan pun tak ada ketika itu. En Suhaizan hanya membuat soalan yang tidak relevan.

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
Masa lelongan, boleh jadi seorang yang hadir, boleh jadi 1000 orang yang hadir. Bergantung kepada minat individu/pihak yang terlibat terhadap tanah itu. Nampaknya tanah tersebut kurang diminati, sebab itulah hanya ada seorang pembida dan harganya menjadi lebih rendah daripada harga pasaran.

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, setiap kesalahan perlu dikenakan tindakan yang sesuai. Janganlah kita cuba membela individu yang bersalah hanya kerana ia kroni kita(Anwar Ibrahim)

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
Bersangka buruk itu satu dosa di sisi ALLAH. Takutilah akan satu hari nanti yang tidak ada gunanya harta benda dan anak pinak, kecuali mereka yang mengadap ALLAH dengan membawa hati yang sejahtera.

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
Rujuk Pejabat Tanah

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?
Mengapa anda sanggup bersama dengan kroni(Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) anda yang telah terbukti bersalah di mahkamah?

Kenapa anda sanggup bersama2 pihak yang mencerca Najib, PM Malaysia ke-6 kononnya skandal bersama Atantuya(seorang perempuan yang halal dinikahi dan halal digauli jika mengikut lunas2 Islam) tetapi berdiam diri bila kroni anda(Anwar Ibrahim) yang meliwat dan diputuskan bersalah oleh mahkamah. Hoi, bini sendiri pun ALLAH SWT tak bagi kita mengauli ikut belakang?