Thursday, January 20, 2011

KECEWALAH YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Kenyataan Penuh UMNO Selangor
AHLI-AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Selangor menjunjung perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pada 24 haribulan Januari 2011 nanti.
Sebagai hamba rakyat, ADUN Barisan Nasional akan hadir demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
Kami sependapat Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd. Khusrin Munawi ke tahap ini.
Kami khuatir bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga ego sorang Menteri Besar.
Kami merasakan tujuan beliau ialah hanya untuk memperkasakan (empower) beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan yang lain.
Dalam pada itu kami, selaras dengan Perintah Tetap 48, Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor menuntut Speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada kami kertas langkap deraf cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor bagi membolehkan kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Kami menganggap tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan kepada kami deraf cadangan ini pada hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu diadakan sebagai taktik ‘“’serang hendap’.
Kami berpendapat gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan, Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana suatu persidangan perlu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru apatah lagi ianya melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Selangor.
Malangnya hingga ke hari ini tidak seorangpun ADUN Barisan Nasional telah diberikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang telah dilaporkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada Artikel 52(1).
Kami merasakan cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 74 Jadual ke 9 senarai negeri.
DATUK SERI NOH OMAR
Timbalan Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Belalah rakyat yang menjadi keutamaan setiap YB. Berilah peluang. Adakalanya boleh jadi sesuatu yang tidak disukai oleh kita, boleh jadi amat disukai oleh ALLAH SWT. Sesuatu yang disukai, mungkin amat dibenci oleh ALLAH SWT. Rajin-rajinlah mengaji agama di surau/masjid wahai YB. Mulut anda juga akan disoal oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment