Thursday, January 20, 2011

Pilihanraya Kecil lagiiiiii....... Kali ini DUN Merlimau, Melaka pula.

TPM ucap takziah kepada keluarga ADUN Merlimau

21/01/2011 12:09pm

KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau, Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, yang kembali ke rahmatullah malam semalam.
"Saya dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang bersikap rendah diri serta sentiasa bersedia menawarkan bantuan bukan sahaja kepada penduduk di sekitar kawasan Merlimau malah juga kepada rakyat Melaka,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bersesuaian dengan jawatan Allahyarham sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri.
Katanya, kehilangan Allahyarham bukan sahaja dialami oleh kaum keluarga beliau, malah turut dirasai oleh para penduduk Merlimau.
Dunia ini merupakan kehidupan yang sementara. Setinggi manapun pangkat/jawatan kita, akhirnya kepada ALLAH jualah kita kembali.

No comments:

Post a Comment